esok dah Ahad, akan start keje balik macam biasa. minggu lepas mintak cuti 3 hari sebab ke Gombak settelkan my business. 5 hari tak jumpa budak-budak taska, dah rasa rindu >.<
what i got selama sebulan 2 minggu di Taska Ceria An-Nasuha? let pictures tell the story :)
pekerja baru macam aku banyak habiskan masa di bilik baby (bawah 1 tahun lebih).
|
aku BERJAYA tidurkan kelima-lima baby ini! |
5 orang baby ni hanyalah sebahagian yang datang haritu. ni tidur time pagi lepas diorang sampai dalam pukul7-8 pagi. time diorang tidur ni la boleh buat task-task yang lain;
|
keluarkan baju & pampers dari beg diorang dan simpan di rak. |
kalau dulu aku tak berani nak buat task ni, sebab tak kenal sape punye baju+pampers tu. tapi sekarang, tutup sebelah mate pon boleh. hahaha *ye2 je aku ni*
pastu bermula la sesi mengajar budak yang berusia 2-3 tahun;
|
the teacher, is NOT me :) |
first time aku buat task ni, budak-budak agak kurang ajar la. mungkin sebab aku ni freshie lagi kot :P
tapi sekarang, skali aku mencerlung, angkat rotan, terus terdiam kat tepi dinding tu semua. kahkahkah
|
buat katak dengan piring kertas. |
kalau buat aktiviti camni memang diorang excited! sampai yang bawah 2 tahun pon nak join, tapi sorry je la ye..haha
|
lepas habis sesi mengajar, buat spotcheck! |
spot check; bukan check diorang ni bawak handphone atau ape. tapi check sape yang 'melabur', sape yang kuku panjang dan borak-borak ngan diorang je sementara tunggu lunch.
time ni la boleh tengok aksi-aksi diorang. ade yang ngantuk, sampai terhuyung hayang kat tepi dinding. kihkihkih.. ade yang berebut mainan, ade yang tunjuk gangster, tunjuk manje, yang mengade-ngade nak diriba. kadang-kadang syok layan kerenah diorang ni :D
LUNCH TIME!!!
|
ni pon macam pampers, nak kene ingat tuan punye susu. |
kene buat susu tuk bagi diorang tidur time tengah hari.
sekarang tinggal satu dua je yang aku masih tertukar tuan punye susu. boleh cakap dah lepas la ujian detect sape punye susu ni :D
|
sebahagian! agak ambik mase la nak siapkan susu ni. |
|
aksi diorang lepas dah kenyang, lepas dah mandi :) |
ubat tidur diorang, adalah susu! dan cerlungan mata! hahaha.
tips nak tidurkan; panggil nama yang belum tidur dengan nada yang keras, TIDO!!
dah tidur yang 'besar-besar' ni, kene settlekan baby-baby pulak.
time ni la kene tengok gelagat diorang kalau tak tidur tengah hari. masa ni la kalau kami-kami; pengasuh ni nak rest kejap.
|
"my name is Zahidi. nak senyapkan saya? sumbat ngan botol susu shj" |
|
this one is Batrisya; gangster jugak ni.haha |
|
Rizqi. baby yang PALING berat! |
|
Aisya; paling rapat dengan aku :D |
|
gelagat 3 sekawan; Nasim, Aisya dan Rizqi |
|
Yusnazran a.k.a babaq. ketua gangster ni, selalu nak pukul orang je keje. |
kalau first day aku rasa sagat penat, sagat tak tahan, tapi tengokla,
aku dah berjaya menahan diri aku ni kat taska dah lebih sebulan!
semoga dengan berbaki lagi sebulan,tahap kesabaran aku semakin meningkat.
::kalau rasa tahap kesabaran anda sangat-sangat rendah, it's better kalau tak kerja kat taska. kerana anda akan berkasar dengan baby disini::
No comments:
Post a Comment