Saturday, December 15, 2012

PAVLOVA

pergh pergh, dah lame aku tak menaip2 kat sini. fuhhhhhh, sapu kulat pakai ajax kat blog!

************************** blog berkilat *******************************

ok, jom, kali ni aku nak share cara-cara dan resepi buat pavlova.
senang ja hbaq ang :)

resepi dia sama je macam blog2 lain. aku buat pon buat berpandukan sumber2 hujung jari ni.


let's start!

bahan meringue
* 4 biji PUTIH telur
* 3/4 cawan gula kastor
* 1 sudu tepung jagung
* 1/2 sudu esen vanila
*1/2 sudu cuka

bahan topping
*whipping cream
*esen vanila
*buah-buahan; strawberry, kiwi, peach, anggur

steps
1) panaskan oven pada suhu 150 macam tu, para di bahagian tengah oven dan api atas bawah.

2) pukul putih telur dengan kelajuan paling maximum. pukul hingga dia jadi soft. nak tau dia dah ok ke belom, try telingkupkan bekas tu, kalau ok, dia takkan jatuh atau tumpah.



3) bila dah sebati, masukkan gula sikit demi sedikit sambil teruskan pukulan hingga adunan berkilat.

4) masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka. kacau hingga sebati. (kalau ikut resepi asal, tepung jagung, esen vanila dan cuka tu kene gaul dengan spatula. tapi aku risau dia x sebati sebab tu aku masukkan je semua sekaligus. hehehe )

5) letak adunan meringue dalam loyang atas baking paper. bentuk atau rupa dia terpulang pada anda. nak buat bulat ke, segi empat ke, bentuk love ke, it's up to you! ;)

my first meringue!
rupa meringu ni, patutnya kene ade 'benteng'. abaikan first trial aku ni. 
nak buat bentuk yang lebih kemas pon ok, tinggi kan sikit kat bahagian tepi dia. nanti whipped cream tak meleleh sangat :D 

lastly, masukkan la dalam oven. bakar pada suhu 120 dalam masa 1 1/2 jam. 

nak tau dia masak? rupa dia berubah jadi macam warna brown camtu. pastu kat luar tu macam rangup2 sikit and kat dalam dia saangaatttt lembut. kalau rasa, dia ala-ala marshmallow gitu ;)

dah masak! biarkan je dia sejuk dalam oven. bukak sikit pintu oven tu.
haaaa, masa ni la boleh buat topping!

aku pakai buah anggur, kiwi strawbery dan peach.

this! the most important one, whipping cream.

pukul 1 cawan whipping cream dengan kelajuan yang tinggi sampai jadi kental. aku putar dalam 8-10 minit jugak kot baru dia kental.

"tak semua whipping cream sesuai.. make sure beli jenis yg Non Dairy (bkn tenusu)..
Ada org dok tertanya2 apesal la whipping cream dia takmau kental2 walaupun dah lama dok putar.. tu sbb dia salah beli jenis whipping cream..
Nak senang, kat kotak tu ada tulis cake and dessert topping.. aku beli kat kedai bakery je"

pastu buah-buahan tu, jangan lupa potong :D
dah siap semua; potong buah, whipped cream, alihkan meringue tadi dari baking paper.
hangit! sebab guna api bawah sahaja. meringue pon takde rase macam marshmallow :(
letak whipped cream tu, and susun la buah2 tadi ikut suka hati anda :D

tadaaaaa! first trial pavlova yang hangit! but still, family cakap sedap. *terima kasih kerana ambik hati saya*
first trial ni ambik masa agak lama sebab first bakar yg guna api bawah shj, pastu tambah masa lagi utk bakar bahagian atas shj.

REMINDER!!!

:: pastikan anda menggunakan api bawah dan atas semasa pembakaran meringue
:: adunan meringue hendaklah kental sehingga keluar 'tanduk' dia
:: jangan ada walau sedikit pon kuning telur dalam adunan putihnye
:: alatan yang digunakan hendaklah bebas dari air (maksud disini, kering!). even telur yang anda basuh tu, lap dia sampai kering, baru pecahkan.
:: whipping cream yg belom digunakan JANGAN simpan di tempat beku, simpan dalam peti bahagian sejuk je.

that's it, selamat mencuba! >.<

second trial:

boleh kata menjadi jugak la, tapi masih ade cacatnye. sebab whipping cream aku simpan kat sejuk beku and the result, cream tu tak jadi cream. **happy birthday to my mom and my sister**

haaa, yg ni baru la meringue tu ade rase! macam marshmallow tau ;)

third trial:
meringue dah cun menjadi, whipped cream pulak mmg dah takde chance nk jadi cream lagi. kali ketiga ni mmg dah x semangat, cream tu mencair!
tunggu kau! nanti aku buat lagi sampai menjadi!