Friday, February 8, 2013

SAYANG SHAE vs SAYANG MR BIE

just found the link at twitter.

and this is the 'answer'.

enjoy~~


and.. tersenyum sinis kejap.
but then, thumbs up kat vitaminbie.
good job bro.

kadang-kadang kene ade jugak something yang boleh bukak mata orang luar.

and once again, i like this too much! :)


Wednesday, February 6, 2013

"ape specialnya awak?"

7.40pagi
"ok, i'm done!  jom  Kak Long."
time tu rempit. rempit dengan skuter icon Kak Long. laju gile bak ang Kak Long bawak. nak kejar masa punye pasal.
8.05pagi
sampai kat venue ni, kitorag check name list kat board. dan yang kami nampak, nama aku kat bahagian ujian medsi .
"ehh, Aina. buat ape?" 
kawan Kak Long tegur, with her little sister yg ambik ujian jugak.
"this is my cousin.. tapi dalam surat dia medsi petang."
"meh sini saya tengok... salah ni. sepatutnye interview dulu kat bilik sane"
"SERIOUSLY???"
ambik kau, dua-dua terkejut! haha
pe lagi, blah la.

rempit ke venue untuk interview. aku kemain, memang cuak habis la. sebab dah lewat. candidates should be there 30 minutes earlier. 

"assalamualaikum sis, tumpang tanye, mane bilik 6 eh?"
"emm yg tu 4 dengan 5, cube adik tengok hujung sane"
"ok, mekasih :)"

phewww! nasib baik bilik aku tu p.i.c belom ade. sempat jugak melepaskan penat.hihi
dah siap isi borang, tunggu, sembang dengan orang sebelah. senyum, mengeliat, ...
"ok, Nor Hanani?!..."

*i gave him a smile, tanda terima kasih*

"Assalamualaikum"
serious aku rasa aku bagi salam tu kuat! kuat sangat

"waalaikumussalam"
"ok, bagi fail awak, dan berdiri dalam petak belakang tu. pastu baca nombor ni"
first, ujian buta warna.

"ok, awak boleh duduk"
"terima kasih :)"

"kenapa awak berada kat sini?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
boleh tahan lame, banyak encik panel tu tanye aku.
"so, ape special nye awak? ape keistimewaan awak  yang membolehkan kami terima permohonan awak?"
.
.
.
.
.
"hurmmm, saya boleh buat seemmuaaaaa! :D"
"ok, kalau memasak, ape masakan paling sedap pernah awak buat?"
"haaa, saye pernah buat pavlova dengan blueberry cheesecake!"

and, lepas aku sebut aku buat cheesecake, muke panel pompuan tu tengok aku macam semacam je. macam dia nak cakap.. "seriously???" haaa, gitu!
*ok, aku perasan jap.. heeee*

then.. memang lame gile sembang pasal cake, menjahit.

and last question dari panel lelaki tu,
"ok, rukun islam ade brape?"
"rukun islam ade 5 perkara"

"rukun iman?"
"rukun iman ade 6 perkara"

seriously tone suara aku time tu macam budak skolah, budak tadika =.=

"cube sebutkan rukun islam"
"ok, pertama mengucap dua kalimah syahadah. kedua solat 5waktu . ketiga berpuasa di bulan ramadan. keempat menunaikan haji. emm yang kelimaaaa....."

*penat aku pikiaq, seriously tak ingat!!

"jap2, saya ulang balik. ok, pertama mengucap dua kalimah syahadah. kedua solat 5 waktu. ketiga berpuasa di bulan ramadan. keempat menunaikan haji. kelima.... emm, beriman kepada Qada' dan Qadar. ehhh, yang tu rukun iman. emmmm..emmm"
"takpe la. balik nanti awak check balik ye"

omaigod omaigod. malu time tu jangan cakap lah.
sampai kesudah aku tak ingat! malu wei, malu!!!!

::sampai turn panel ke tiga, pompuan::
"awak lepasan STPM ke?"
"emm tak, saya asasi"

"ouh, asasi mane ye?"
"asasi ***"
"course ape?"
"english"
"waahhh, so you're good in english"
"emm but i'm not too good"
*aku mane la reti english wei*

"so.. why don't you choose english?" *kalau saye pilih english,takde nye saye kat sini*
"emmm should i speak english?"
"of course!  u should speak english with me"

tudiaaaaa, ambik kau! english aku berterabur bak ang !

under ngan below pon tak boleh nak beze dah. dusshhh!

but! her words, (her? eh tak sure interviewer mane yg cakap) yang buat aku keep smiling sampai balik..
"ye,  awak ade personaliti tu. awak ade ciri-ciri tu"
haaa, sape tak senyum sampai ke telinge wei. kuikuikui

dan sampai dah cakap terima kasih pon, and aku jalan nak ambik fail, diorang boleh lagi sembang pasal cakes. 
memang aku tersenyum lebar la.

and all praise to Him. hanya Dia yang tolong aku.
ni rahsia nya:
sementara masa yang ade time aku tunggu turn, i keep praying;
"robbi yassir wa la tu'assir.. kalau betol rezeki aku kat sini, Kau permudahkanlah"
baca banyak kali!

sebenarnya tu galakan/nasihat dari novel Cinta High Class by Ustz. Fatimah Syarha yg aku bace.

dan bila dah berjaya tu, janganlah kita rasa bangga, rasa riak dengan ape yang kite dapat. kerana sesungguhnya semua nya datang dariNya.

** ni cerita sebulan yang lepas. and now, alhamdulillah. aku diterima dan bakal join the campus on 14th Feb. :)