Monday, December 19, 2016

EMBUN : PASRAH

Makin lama, makin keliru..
Kita, bukan lagi seperti dulu..
Mungkin harus belajar perkara baru,
tentang kamu.

Maafkan aku
kerna sering menyakitimu
Moganya kamu tahu
Itu bukanlah niatku.


Perlahan-lahan Embun tutup diari yang dihadiahkan oleh kakak kesayangannya sempena hari kelahiran Embun minggu lepas. 
Mata dialih perlahan merenung langit malam indah dihiasi bintang-bintang. Sengaja dia biarkan langsir terbuka luas agar malam-malamnya sentiasa ditemani angin malam yang mendamaikan.

Satu per satu moment hadir di minda Embun sejak 'perang besar' yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Pelbagai persoalan bermain diminda. Kerap Embun halang fikiran negatif yang sering menjengah minda. 

"mungkin semua perlakuan itu agar hati dia lebih terjaga"

Seringkali Embun postifkan mindanya agar boleh elakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Embun hampir putus asa dengan segala usaha yang dilakukan. Hati yang entah keberapa kali dirobek pun dah tak diketahui. 

Dengan segala apa yang berlaku antara kawan, antara dia, antara keluarga, Embun bertambah yakin yang dia hanyalah manusia yang menyusahkan ramai pihak. 

"sebaiknya aku pergi jauh dari sini agar semua senang dengan ketiadaanku"

Sakit tulang belakang termenung lama di kerusi belajarnya, Embun bingkas bangun menutup tirai langsir biliknya dan rehatkan badan di katil empuk yang kerap basah dek air sungai dari alur matanya. Lama Embun merenung siling sebelum melelapkan mata.

"mungkin perlu ada gap antara aku dan dia agar kami terus kuat untuk berada di jalan ini"

Dibelek album gambar dalam telefon pintarnya. Satu per satu dibuka gambar dan tatap sepuasnya. Butang padam ditekan. 

"Selamat malam. Moga Tuhan satukan kita bila kita sedia nanti. Mohon jangan pernah putus doa pada Dia; untuk kita"

Bantal stroberi dipeluk kemas. Harum syampu syaila buat Embun ukir senyum rindu pada dia. *mata terpejam*

Tuesday, September 27, 2016

EMBUN : BAHAGIA DUNIA

Hampir saja kering tangki mata Embun sehingga titisan-titisan itu tidak lagi mengalir. Embun bersyukur kepada DIA yang sentiasa ada di sisi saat yang lain menjauh dari Embun.

"Terima kasih Tuhan, untuk kesedaran ini. Untuk kekuatan yang Kau beri. Untuk peluang yang Kau kurnia saban hari. Untuk bahagia dunia yang bakal mati"

Embun menghempaskan badan keringnya di tilam empuk. Workout hari ni rasa tidak bertenaga. Tanpa peluh mengalir, cuma penat yang di rasa.

Tersentak dari lamunan bila mobile Embun berbunyi lantang tone dari Whatsapp. Perkhabaran dari seseorang yang sangat Embun rindu saban hari, yang Embun ingat saban waktu. Bertahun menyulam kasih, berkongsi rasa, berbagi cerita, dan saling menyepi dek ujian perselisihan faham.

Bibir terukir senyum lebar kerna hati yang disulam bahagia. Rindu terubat sejurus suara yang lama hilang kini kembali menjengah telinga.

"nanti ada open house kat rumah, datang ya?"
"insyaAllah kalau berlapangan"

G-shock makin jauh berputar, telinga masih lagi dengan alun suara dia yang dirindui. Lama.
Kembali berkongsi cerita, kembali seperti sedia kala. Masing melepas rasa di dada.

Bahagia.
Namun Embun tahu ia cuma bahagia sementara. Bahagia dunia tanpa panduan dariNya takkan lama.
Tersentak dari itu, Embun matikan perbualan. Tidak ingin lagi hanyut dalam bahagia dunia sementara. Pesanan ditinggalkan, talian diputuskan.

"Semoga hubungan ini kekal diredhai dan kekal sampai syurga. Moga Allah lindung"

Terus saja Embun lepaskan pelukan bantal stoberi dan bangkit dari lamunannya. Rutin harian dan amanah perlu dilaksanakan.