Saturday, March 10, 2012

SALURKAN BANTUAN AMAN PALESTIN

Program yang dianjurkan oleh kelab Pembina pada 4 Mac 2012 sangat-sangat membuka mata aku. Andai sebelum ini aku sangat tidak ambil cakna tentang saudaraku di Palestin, tapi dengan pendedahan sebegitu aku dikurnia kesedaran olehNya untuk bertindak!

Aku memang tidak mampu untuk ke Palestin membantu mereka, tapi aku mampu untuk membantu dari jauh, insyaAllah.

Sedikit perkongsian untuk pembaca yang dirahmati Allah sekalian.

Kenapa Palestin? Kenapa kita mesti tolong Palestin?

1. tempat yang diberkati. Sebagaimana Allah menyebut dalam Al-Quran:

dan (Kami Tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami berkati padanya. Dan Kami Maha Mengetahui segala sesuatu”   (al-Anbiya’:81)

2. Palestin adalah tanah yang suci dan ia adalah antara tanah tersubur di dunia. Disebut dalam surah al-Maidah ayat 21:

“wahai kaumKu! Masuklah ke tanah suci suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari kebelakang (kerana takut kepada musuh), nanti kamu menjadi orang yang rugi”

3. Bumi umat Islam.
i) Jika dilihat dalam peta dunia, kedudukan Palestin  berada ditengah-tengah (middle east).


ii) Dalam al-Quran, juzuk ke 15 iaitu surah al-Isra’ yang bermaksud memperjalankan di malam hari, berhubung peristiwa Isra’ Nabi Muhammad dari Mekah (Masjidil Haram) ke Madinah (Masjid al-Aqso). 

Penuturan cerita Isra’ pada permulaan surah ini mengandungi isyarat bahawa Nabi Muhammad beserta umatnya akan mencapai martabat yang tinggi dan akan menjadi umat yang besar.

Allah menyebut tentang Bani Israil, yang setelah menjadi bangsa yang kuat lagi besar lalu menjadi bangsa yang terhina kerana menyimpang dari ajaran Allah. Dihubungkannya kisah Isra’ dengan riwayat Bani Israil pada surah ini, memberi peringatan bahawa umat Islam akan mengalami keruntuhan, sebagaimana Bani Israil, apabila mereka juga meninggalkan ajaran-ajaran agamanya.

iii) Tempat ini juga merupakan transit Rasulullah ketika peristiwa Isra’ Mikraj. 
Jika dilihat pada tiga-tiga keistimewaan tersebut, Palestin diibaratkan jantung umat Islam, kerana berada di tengah-tengah.  
No wonder lah, umat Islam zaman sekarang banyak yang menimpa masalah. Ini disebabkan JANTUNG umat islam telah sakit. 


Ayuh! Bangkitlah pejuang Islam! Sama-sama berjihad untuk jantung kita! ^_^

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Rasulullah juga memerintahkan supaya umat Islam mengimarahkan al-Aqso.
Antara keistimewaan lain Baitul Maqdis dan Palestin adalah:
              *Sebagai kiblat pertama
              *Sebagai negeri Isra’ Mikraj 
              *Sebagai kota besar islam ke-3
              *Sebagai negeri kenabian
                          *Sebagai negeri perjuangan

Lagi perkongsian berkaitan Palestin boleh click DISINI ;) 

Unutk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini

Ayuh sahabat-sahabat. Jom dermakan sedikit rezeki kita yang dikurniakan Allah kepada mereka di sana.

Allah akan membantu umatNya, jika umatNya membantuNya.
  • Dapat keberkatan dari Allah
  • Pahala berjihad dijalan Allah
  • Peluang meninggal dalam keadaan syahid jika kita jujur
  • Mendapat pengakuan sebagai umat Nabi Muhammad
  • Bersama Rasulullah di syurga Firdaus
Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda, marfhumnya;
“Orang-orang yang memelihara anak yatim, baik daripada keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak. Dan baginda memberikan isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

Bagaimana menghulurkan bantuan?
Derma boleh dilakukan secara tunai/cek/bank-in kepada:

Aman Palestin Berhad
Maybank Malaysia Berhad---562263010787
Bank Islam Malaysia Berhad—12029010047880
Bank Muamalat Malaysia Berhad--- 12070005133717

SMS: Palestin<space>10/5/3/1 send to 39111
Contoh: Palestin 10 send to 39111
Jika anda menerima mesej “Service from this short code is stopped on your request. To reactive type ON<space><Short Code> and Send the SMS to 11911” from 39111, just follow the instruction, dan anda akan berjaya membantu saudara sendiri ;)
May Allah bless you, amin :D


“jika tidak mampu untuk ke sana, salurlah bantuan untuk menerangi lampu-lampunya”

AIR MATA PALESTIN



Andai sebelum ni, aku tidak faham kenapa dengan Palestin?, apa yang terjadi di Palestin?. Sungguh jahil hambaMu ini ya Allah.

Rupa-rupanya, ada tanggungjawab tergalas tanpa aku sedari! Astarghfirullah! Aku baru disedarkan dengan peristiwa di Palestin. Alhamdulillah, diberi kerelaan hati olehNya untuk menghadiri pendedahan berkenaan Palestin, terima kasih Kelab Pembina Uia! :D


Sedikit perkongsian untuk semua dari apa yang aku dapat dan faham dari training tersebut.

Bagaimana Israel boleh bertapak di Palestin sebenarnya? 

Dengan bantuan Great Britain, kemasukan orang-orang Yahudi diluluskan. Mereka migrate ke Palestin beramai-ramai. Kapal yang biasanya dimuatkan beribu orang, mereka sumbat hampir juta-juta manusia untuk bertapak di Palestin.

Sampai di Palestin, semua rakyat Yahudi, lelaki dan perempuan diberi latihan ketenteraan dan dibekalkan senjata!

Pada 31 Ogos 1897, pembentukan Yahudi selama 50 tahun telah dirancang.
15 Julai 1099, mereka start mengganas di Baitul Maqdis dan menyebabkan kematian 70 000 orang dalam seminggu. Dasyat!!

Bermulalah kemusnahan di Palestin. Bangunan-bangunan dihancurkan, rakyat Palestin di bunuh, dan segala kemusnahan dijalankan.



Mereka menjadi pelarian hampir 64 tahun! Memang jangka masa yang panjang. Sedikit demi sedikit Yahudi menguasai tanah Palestin. 

 Banyak rancangan yang dijalankan oleh musuh Allah ini dalam menguasai al-Aqso. 

penguasaan Yahudi sedikit demi sedikit



Pada 1997, telah dibina satu terowong di bawah masjid al-Aqso yang memberi retakan pada tiang-tiang masjid, rekahan di dinding-dinding. Memang fitrah alam, apabila retak yang dasar, lambat laun akan musnah bahagaian atasnya. 
Kubur juga dipindahkan ke Palestin sebagai bukti kononya nenek moyang mereka sudah lama bertapak di Palestin, walhal jasad pun tidak wujud dalam kubur itu. Bijak Yahudi dalam merancang strategi! 



Pada 2007 pula, al-Aqso telah diisytiharkan dalam bahaya kerana pihak Yahudi telah merancang untuk menguasai kiblat pertama Islam. 



So, apa tindakan kita? Takkan cukup sekadar faham, memerhati, dengar dari jauh. Ayuh! Bangkitlah mujahidullah! Pertahankan Palestin, bebaskan Palestin!

Rakyat Palestin: “kami tidak memerlukan tenaga kamu, cukuplah menghantar duit bagi kegunaan senjata kami” 

Ayuh, BERTINDAK SEGERA SAUDARA-SAUDARAKU!
Ini lah antara penceramah Aman Palestin. Syukran jazilan ‘ala kulli ‘ilm :D




Ust. Miftahuddin Kamil dr Aman Palestin Malaysia cawangan Damansara
source pictures: PEMBINA UIAM dan encik google.




Friday, March 9, 2012

ALHAMDULILLAH, FIRST TIME MENANG :)


Got a call from my mom when I’m at KTM station..

“ha, ade posmeng ato surat ni. Adioh dalang ni”

Serious, ak dah lupe pertandingan pe yg ak join.. fikir punye fikir, rupenye hadiah from contest yang pernah aku join before ni; GIVEAWAY FROM MISS KINAH&PIQAH!! hehe

Ni lah hadiah yg di post tu :D

Unfortunately, ak x dapat pn nak rase chocolate yg nyum3 tu..huk3.. This is because I’m at hostel L
Tapi takpelah, rezeki adik bradik ak..aku just mintak diorang snap a picture je, n tu lah picture yg abang aku send..huhu
Bile ak dah berpeluang balik rumah, trus ak tengok hadiah ak, yang tinggal ni je,

Tabung ngn penanda tu je yg tinggal.. It’s ok =.=


Btw, thanks to both of you :D