Saturday, March 10, 2012

AIR MATA PALESTIN



Andai sebelum ni, aku tidak faham kenapa dengan Palestin?, apa yang terjadi di Palestin?. Sungguh jahil hambaMu ini ya Allah.

Rupa-rupanya, ada tanggungjawab tergalas tanpa aku sedari! Astarghfirullah! Aku baru disedarkan dengan peristiwa di Palestin. Alhamdulillah, diberi kerelaan hati olehNya untuk menghadiri pendedahan berkenaan Palestin, terima kasih Kelab Pembina Uia! :D


Sedikit perkongsian untuk semua dari apa yang aku dapat dan faham dari training tersebut.

Bagaimana Israel boleh bertapak di Palestin sebenarnya? 

Dengan bantuan Great Britain, kemasukan orang-orang Yahudi diluluskan. Mereka migrate ke Palestin beramai-ramai. Kapal yang biasanya dimuatkan beribu orang, mereka sumbat hampir juta-juta manusia untuk bertapak di Palestin.

Sampai di Palestin, semua rakyat Yahudi, lelaki dan perempuan diberi latihan ketenteraan dan dibekalkan senjata!

Pada 31 Ogos 1897, pembentukan Yahudi selama 50 tahun telah dirancang.
15 Julai 1099, mereka start mengganas di Baitul Maqdis dan menyebabkan kematian 70 000 orang dalam seminggu. Dasyat!!

Bermulalah kemusnahan di Palestin. Bangunan-bangunan dihancurkan, rakyat Palestin di bunuh, dan segala kemusnahan dijalankan.



Mereka menjadi pelarian hampir 64 tahun! Memang jangka masa yang panjang. Sedikit demi sedikit Yahudi menguasai tanah Palestin. 

 Banyak rancangan yang dijalankan oleh musuh Allah ini dalam menguasai al-Aqso. 

penguasaan Yahudi sedikit demi sedikit



Pada 1997, telah dibina satu terowong di bawah masjid al-Aqso yang memberi retakan pada tiang-tiang masjid, rekahan di dinding-dinding. Memang fitrah alam, apabila retak yang dasar, lambat laun akan musnah bahagaian atasnya. 
Kubur juga dipindahkan ke Palestin sebagai bukti kononya nenek moyang mereka sudah lama bertapak di Palestin, walhal jasad pun tidak wujud dalam kubur itu. Bijak Yahudi dalam merancang strategi! 



Pada 2007 pula, al-Aqso telah diisytiharkan dalam bahaya kerana pihak Yahudi telah merancang untuk menguasai kiblat pertama Islam. 



So, apa tindakan kita? Takkan cukup sekadar faham, memerhati, dengar dari jauh. Ayuh! Bangkitlah mujahidullah! Pertahankan Palestin, bebaskan Palestin!

Rakyat Palestin: “kami tidak memerlukan tenaga kamu, cukuplah menghantar duit bagi kegunaan senjata kami” 

Ayuh, BERTINDAK SEGERA SAUDARA-SAUDARAKU!
Ini lah antara penceramah Aman Palestin. Syukran jazilan ‘ala kulli ‘ilm :D




Ust. Miftahuddin Kamil dr Aman Palestin Malaysia cawangan Damansara
source pictures: PEMBINA UIAM dan encik google.




No comments: