Tuesday, May 31, 2011

tips mengurangkan jerawat ^_^

assalamualaikum sahabat2 bloggers :)
ok, untuk entry kali ni, saya nak share la skit apa yg saya dpt dr web iluv islam td..
sebenarnya penampilan kita memainkan peranan yg penting untuk berhadapan dengan masyarakat atau ia membantu dalam mengukur tahap keyakinan diri kita kan??
kadangkala, disebabkan jerawat pun manusia boleh hilang keyakinan diri..
so, kat sini saya nak share la cam mane nak hilangkan atau nak kurangkan jerawat ni..

1. Ambil wudu' sebelum tidur.

2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.

3. Elakkan diri daripada tekanan.

4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.

5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).

6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.

7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.

8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.

9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.

10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.

12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.

13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.

orait, semoga tips2 ni berguna untuk kita semua :D

bersih kn? tp seksi! huhu

2 comments:

Unknown said...

atok nk amalkan tp da tua ni xde jerawat la plak..haha...btw nice one la..

nur kesayanganku said...

hurmm muke atok tua2 ni makin licin..xpe, sebarkan kt cucu2 atok erk :)