Tuesday, February 3, 2015

TAK AJAK VACATION

wallawehhhhh lama gila tak menaip sini! 
bila belajar, busy dengan amanah as a student, bila cuti busy dengan tanggungjawab kat rumah. acah acah busy la konon


dah, nak straight to the point.



new entry for 2015 woiiii! tau kenape tittle gitu? hehehehe *kuar tanduk* shhhhh


ok, plan asal aku je yang nak menyibuk. dah ade yang berhajat nak bejalan kat Ganu kan, alang2 suka drive, offer je lah diri as a tour guide. konon

sebab teringin nak rasa travel jauh2 dengan diorang, sanggup tunggu 4 hari utk naik bas skali! bhahahahaha

so isi masa antara tu dengan hiking, walking, sleeping, lepaking, dating! kahkahkah

my journey started around 8.30 pm, jan.14 from Wangsa Maju with atok. took LRT to KL Sentral and KLIA Transit to TBS. ok, first time naik klia transit tu, murah je rupenya. (RM4.20)

di TBS jumpe zati, potpet potpet salam sume, cari bekal makan dlm bas, dan MAKAN! *dasar semua kaki makan*


Mohd Izwan, Nur Izzati, Nor Hanani
TBS - Kuala Terengganu
ok, aku memang puas hati dengan bas ni. dan jangan tekejut kalau balik campus sanggup turun KL dulu semata mata nak naik bas ni. and yeah, nak seat depan! kahkahkahkah

kalau sebelum ni duk dengar je cite si wan ni promote bas One Express, so kali ni aku request laa bas ni. paling best, mintak seat atas, nombor 1,2,3. paling depan kot. and we act like a boss lah cite dia. *flip hair*


tu haaa, big boss a.k.a ulat tiket a.k.a mastermind untuk trip ni 
"senyum senyum, guwa nak upload ni"
seriously ni first time aku ade teman balik kampung; 
teman yg gelak dekah dekah dlm bas tanpe hirau orang lain yg mungkin tido,
teman yg buat aku takleh tido even ngantok tahap cipan,
teman yg 'membuka mata' aku tentang kehidupan. gitchewww ;)

pot pet pot pet sampai ke awal pagi, tido krohhh krohhh, buat dajal snap2 time dengkur, video ntahpape, rehat di Cherating, dannnnnnnn touchdown!!!

ok, time ni baru aku tau betapa payah nya nak kejut si mamat tu! dah cepuk pukul bagai nak rak, woiiiii tak sedar lagi gila!!! apetah lagi alarm dia yg membingitkan tu -_-

jalan ke masjid putih utk subuh... done subuh!
"beg zati mane?"
omg omg omg omg. beg baju zati takdeeeeeee. sobs
turun naik, keluar masuk, dari toilet ke tempat solat ke tempat telekung, sampai ke luar masjid. ok, takde! huwaaaaaa

masing masing dah macam "hmm takpe lah, takde rezeki"

tenenene tenenettt,
touchdown rumah aku! breakfast pulut + nyor + ikan goreng. ok, zati takleh masuk pulut. ekekeke. dan dia pon jenis tak ambik breakfast. 
sorry awak, lupe pulak x makan breakfast. hmmm

mandi dan siap siap keluar. skali shopping dua tige lai baju zati, g jemput tokey kite pulak yang dah pusing ke mane mane ntah. backpacker lah kate dia.. heh

BAS KAYU! ya, sebabkan dua dua teringin nak naik bas kayu ni, kite bawak. cakap je nakgi mana, kite bawak. asalkan membe membe hepi. lalalaalala

hashtag TakAjakVacation
hashtag gengkakitravel
hashtag genginsanperiang
semua kayu. tapi, tak sakit bontot eh! aircond siap uolls. dan FREE!

almost an hour, vrommmm drift ke INSTEP g pikap sorang lagi geng group si Zeq. sekali bercelup tepung + air nyor dan potpet potpet lah



yang namenye femes, celup tepung Pok Nong. tapi yg ni Pok Long. sorry guys, aku fail bab2 tempat makan ni. sobs



bila sotong, udang, kopok dah selamat bersemadi di perut, dah rehat rehat tenang kat alam sane, shoot ke kuala ibai; masjid terapung. buat ape? bina masjid lah. winkwink. masjid siapa? masjid kami lah. okbai

dan lepas terbina nya masjid kami, terus menuju ke tempat utama! seafood bakar. 

dan kalau nak cari kedai ni, just go down bawah jambatan kuala ibai tu. femes rupenya kedai ni. orang memang sentiasa ramai dan harga boleh letak dalam group murah.

so menu kami malam tu;
sotong bakar, udang celup tepung, pari bakar, ikan tak tau name masak tiga rasa, kangkung belacan, nasi putih, air empat gelas. and guess how much?! RM88!!!!! 

"woi murah gila, aku bajet rm200 tau!"

ye ye, tau murah. tapi takyah laa nak ulang dua tiga juta kali kat telinge guwa. kakakaka
tapi memang full tank kami malam tu. memang paksa habiskan semua makanan. tapi! kangkung tak mampu dah nak sumbat, dan mula la dibahan. *telan*

RM88 sahaja! made in Tranung
*tak termasuk dua dara dalam gamba*


dah kenyang, dah ngantok, dah penat, tapi enjoy, time to campak jejaka dua orang tu kat tepi jalan. pandai pandai laa korang survive. muahahahahaha *gelak setan*

humban abam femes dan abam sado kat hotel, akak kattang dan akak gebu pon bedesup balik umah! mata macam mane, takyah cite. 
akak gebu tukar baju terus dengkur krohhh krohhh tak sedar diri dah, akak kattang mandi solat dan lena time diri pakai telekung. paham tak rasa ngantok dia????? haaa kabo mung! kakaakaka
so, good night *padam lampu*

hari baru; 15 jan 2015 (jumaat)

bawak akak dan abam ke kg cina yg ala ala laman seni kat shah alam tu haa.
"aku nak bergambar kat payung-payung tu haaa"
"aku nak bawak becaaaa"
"aku nak nengok yang wau, batik batik tuuu, lawaaa"
ya ya, semua kite g kan.
dan ape lagi? monopod, gopro, ipong, shuttle, camera stand. set up!
posing
"senyum senyum. peace sikit. ok duck face pulak. muncung laaa."
"ok, satu dua LOMPAT!"
*k, terselak beterbangan, auwm. k the end*

potpet potpet

one..two.. hiyaaaahhhhhhhhhh!!! *opsss*

ape kau ingat penyu tu hidup nak suap makan? kalau hidup, dah lame penyu tu nangis...
sebab berat kat belakang tuuuuuu. sobs

peace ciked. kakakaka

ni gamba paling aku suka. try buat dialog pon boleh tu. kahkahkahkah
"abang try laaa cari lain, ketuk japgi!"
"ok ok, tak. tak cari lain. ngeee"
zeq kenape tu? ekekekeke

JDT...Selangor... key ell.. tranung

no caption. kikikiki

"candid...candid"

senyum terukir.. dan jangan sangka tak sakit belakang tu. wakakaka

looking for mr right?

geng beca!

dah penat posing, dah habis senyum, dah puas gambar, blah laa!
ke pantai batu burok lah kite.

konon lunch : banana split + root bear float a&w, mee goreng + laksam
disebabkan time tu hari jumaat, hantarlah abam abam ni ke masjid dan aku dating berdua dgn akak gebu. ekekekeke
lepas beg zati hilang, selipar wan pulak hilang kat masjid. hmmm takpe, mungkin tersilap sarung; tertukar?

dannnnnn seterusnya, tuppak sutong! atau nama standard nya Sotong Sumbat.
thanks to Wan sebab dah cari awal awal kedai ni, kalau tak aku memang tak tau.

location nya di sekitar jalan pantai rusila, marang. nama kedai 'Restoran Lempeng'. go and try it yourself. masuk jalan jalan cari makan kabo mung! hahaha

tuppak sotong + lempeng nyor. dan, akak gebu tengah tu takleh masuk sebab pulut.
dah habis berceloteh, teruskan perjalanan ke pantai biru. kenapa pantai biru? sebab jatuh hati kat air nya yg biru time lalu balik dari Perhentian dulu.
baru je acah acah nak drift, tapi dimintak duk belakang. "kau sambung jahit beg aku eh? hehe" yeee, takpe. asalkan membe2 hepiiiiiii *qenyeh lebo*

sebelum sampai pantai, singgah beli kepok lekor. benda wajib bawak balik negeri bila mai tranung hoi! ekekekeke

nak cari port kat pantai pon satu. jentik sikit ajak duk dekat2 ngan awek cun, tudiaaaaa terus tekan brek kreta woi. memang dasar laki kot eh? kahkahkah *racist*
sekali, mak mak orang rupanya. u-turn, cari port lain. adehhhhhh

and here we were! Pantai Rhu Sepuluh!!!

wankhamis

hazeq

zati karim 

 dah habis puas posing, dan dah hampir maghrib, pelan pelan angkat bontot tinggalkan pasir pantai.
time to send off si Zeq. bai z, all the best untuk plan kau.

tekan minyak rapat, aim stesen bas for zati's turn. bas transnasional pukul 8.30 malam.
sorry zati, kalau ada kekurangan time kat umah, time bersama di katil. ehhhhh wakakakakaka
lain kali datang lagi tau. jangan takot x paham loghat, i'll always by your side as a translator. kakaka :)

dah babai, dah peluk cium muahh ciked, turn wan pulak. ok aku takde la pulak nak peluk cium wan eh! kahkahkah
sani express at 10 pm.
thanks bro, for everything. sorry jugak kalau ada pape yg x tercapai time vacation kau. jangan jemu jalan ganu eh. hahaha



terima kasih
untuk gelak tawa
untuk air mata
untuk senyum manja
 untuk segala rasa

#TakAjakVacation
Terengganu; 14 - 16 Januari 2015

2 comments:

Unknown said...

peewiitt peewiittt.. hii

Nour Leeman said...

Best kan holiday ngn kengkawan ni..lagi2 klu pgi pantai..mkn2..hihi