Wednesday, March 5, 2014

HASHTAG PuisiSenin

sejak bila ia bermula,
aku sendiri tidak pasti.
kalau dahulu sangat anti akan puisi,
namun kini sudah terjatuh hati...


benarlah kata orang;
jangan terlalu membenci, kerana risau terjatuh cinta,
dan jangan terlalu mencintai, bimbang terbit rasa benci.  
well here we go!
aku nak abadikan beberapa #PuisiSenin yg telah berjaya direka oleh diri ini sendiri !

#PuisiSenin yang berkisar tentang kawan, keluarga dan rasa hati ini. dan terkadang ditujukan untuk 'kau', yg namanya sentiasa disemat dalam doa :')

dan kenapa  #PuisiSenin ? kerana first puisi yg terbit orally pada hari Isnin bersama rakanku si Nad; yg memiliki #PuisiJemaat

 

Dua tiga kucing berlari 
Mana nak sama si kucing belang 
Teman baik mana nak cari 
Hargai depa sebelum hilang
(Oct. 31, 2013. 02:19)

Terjaga di jam dua pagi 
Perut berkeriuk mintak di isi 
Perlu di masak kah nasi?
(Oct. 31, 2013. 02:39)

Rindu, 
Hati rindu dengan suaramu, 
Satu nota suara darimu, 
Mengubat rinduku...
(Oct. 31, 2013. 18:09) 

Mengenalimu satu kebahagiaan, 
Mendengar suaramu satu kegembiraan, 
Menatap matamu satu kepuasan, 
Melayang bersamamu satu keinginan... 
(Nov. 4, 2013. 05:13) 

Hati rindu, 
Rindu padamu,
Andai dapat merangkul dirimu, 
Pasti takkan ku lepaskanmu... 
(Nov. 4, 2013. 05:25) 

Haru... 
Haru biru? 
Sebiru lautan itu 
Seluas lautan itu 
Seluas itu rinduku padamu 
(Nov. 5, 2013. 21:46) 

Disaat diri dikuasai putus asa,,, 
Tiupan semangat datang menyapa,, 
Diri yg lemah tanpa jiwa, 
Seakan kembali bernyawa... 
(Nov.12, 2013. 18:49)

lemah, 
terasa ingin putus asa, 
lemah, 
terasa tiada siapa disisi. 
kuatlah! 
dan terus bangkit, 
kuatlah! 
kerana Allah ada disisi. 
(Nov.18, 2013. 07:29) 

Rindu? 
Rindukah aku? 
Rindu pada siapa, rindu pada apa 
aku pon tak tahu 
Tanya hati 
Hati kata tak tahu 
(Nov.8, 2013. 16:04)

Mata ini semakin layuuuu 
Layu di tasik maduuuuu 
Perut ini lapauu 
Kesiannya diri muuu 
(Dec.17, 2013. 04:42) 
Hujan yang lebat 
Sederas air di kelopak mata 
Hati yang sebak 
Inginkan pelukan bunda
(Jan.4, 2014. 17:35)

Makin hitam kopi itu 
Makin sedap rasanya 
Namun, 
Makin hitam hati itu 
Makin sukar mendapat hidayahNya
(Jan.11, 2014. 16:27)

Ku lihat kamu 
Hati jadi x menentu 
Ingin didekati 
Malu menebal dihati 
Simpan saja rasa dihati 
(Feb.20, 2014. 21:46)

Serabut 
Gelisah 
Bimbang 
Jiwa kacau! 
Diri ingin bebas dari semua ini
(Feb.28, 2014. 03:21)

Kerana masih awal 
Terrlalu awal utk luahkan 
Simpan dulu rasa ini 
Semat saja dalam doa
(Mar.1, 2014. 23:17)

bianglala? 
warna yg ceria macam kau dan aku, 
yg jarang muncul buat aku rindu, 
yg selalui mewarnai hari-hari ku...
(Mar.4, 2014. 22:15)

bianglala ku dah muncul ! 
senyum melebar ke telinga,
mata kembali segar, 
tangan terus menaip, 
dan kerja ku terbengkalai... 
(Mar.4, 2014. 22:59)  




tudia aih! 
banyak jugak ghopenye ye. hehehe
well, kesemua tu dah di tuit sebenaqnya kat burung biru ku ;)

UPDATED ON : 22 NOV. 2014

Sendiri aku di sini Dengan rasa kenihilan Namun, rasa itu pergi Dengan ada Dia, keluarga dan teman. (Mar.7, 2014. 23:38)


Menanti,
Khabar burung besi

Yang hingga kini
Menjadi misteri...
(Mar.9, 2014. 07:59)

Bila diselubungi jerebu KAU hadiahkan kami hujan Bila panas terik memancar KAU hembuskan angin yang damai Thanks Allah

No comments: