Friday, June 29, 2012

MY BIG 'FAMILY'

tiba-tiba rase macam nak cite pasal 'family' aku yang BESAR ni. uniknya, dalam family ni takde ayah, takde mak, atok, nenek, kami cume ade adik beradik. sebabnye, kitorang sebaya!

family tu dipanggil republic of 92's. (just click the picture kat sebelah tu kalau nak join k)

baru setahun lebih aku join group ni, ni sume gara2 si lyana ni yang add kan aku. last2 dia yang blah dari group ni.

komen punye komen, post punye post, like punye like. rase macam ade satu ikatan antara kitorang. perghh, kenal kat alam maya je kot. 
sekarang dah maju, siap ade skype ngan twitter gitu. slalu jugak sembang2 ngan diorang kat skype tu, penat kot gelak! hahaha

sebelum tu, ni nak tunjuk 'bendera' kitorang!
colourful gitu ;)

haaa, ni one of the members yang paling rapat ngan aku;

dylaname penuh is Nurul Adilah Rashid. camne ntah boleh rapat ngan dia, siap plan nak jumpe kot. tapi tu lah, takde rezeki kitorang lagi. almaklumlah, jauh kot ganu-perak. permission dari family pon tak dapat lagi :(
words dyla yang tak pernah aku lupa "jangan sedih, dyla slalu ade tuk nani"
jangan marah erk cheq curi gambaq ni >.<
farah syazwani pon same, plan nak jumpe jugak, tapi belom berkesamapaian. farah ngn dyla yang satu negeri pon tak berpeluang lagi nak jumpe, ni kan aku yang jauh di timor. nama sebelum ni farah buna. tapi name glamour arra, retis gittu! >.<
ni orang nye;
ni pon gambaq curi dari twitter. hehe
last! lagi sorang mamat ni. nama diberi mohd izwan khamis. name femes wangkhamis (jangan marah eh wan) kekekeke. dulu2 slalu je lawan mengate kat group tu, sekarang dah tak. aku dah pencen mengate2 orang ni. nak kene jadi baik ni >.<
antara tittle yang pernah dia anugerahkan kat aku; ratu fire, nanai, katak ong kedek2, penipu... kasaq tu :P
tapi takpe, aku cool je, bukan terase pon.
haaa, orang kaye ni weh!
and ada ramai lagi sebenarnya. cikgu alan, izzati karim, fatin mira, fatin adibah, fiefie, akim, shaqif, fiera, cikgu kamarul, faisol budak oversea, ilham budak pahang, azim si photographer and ramai lagi :D

ok, that's the end of the story of my big family :)


                             

cerita taska : HASIL 12 HARI :D

Alhamdulillah, masih boleh bertahan untuk berkhidmat di taska an-nasuha untuk tahun ke-12 :)
sebenarnye baru 12 hari.

dah banyak yang aku belajar.
yang paling bestnye, aku dah pandai suci kan diorang punye air besar (bahase sopan). first time tu memang try elakkan la. tapi fikir2 balik, sampai bile aku tak nak basuh berak diorang.

bile flasback, macam memalukan je. anak sedare dah 9orang, tapi tak reti basuh berak baby *cover face*

next, yang buat aku happy is, aku dah ingat SEMUA nama budak2 kat taska tu. bangge jap. hahaha
  1. ajwaduddin, dipanggil ajwad. lelaki, dia ni aku anggarkan dalam 3 tahun camtu. perangai dia, suke sangat duduk rapat2 ngan pekerja baru, nak meriba la, berat weh!

  2. asyraf. dia pon same je ngan ajwad, yang extra, dia ni lagi handsome daripada ajwad :D
asyraf boleh diharap, senang kalau nak mintak tolong dia pape.

  3. auni. umor pon 3 tahun. ni manje! suke nangis bile badan dia gatal (mintak garu kan)

  4. adlina safiya (piya). aku suke ngan girl ni, sebab dia tak bising.senang nak handle :)
tapi, yang buat aku jeles, dia ni slim, bak kate kak mah, "piya tak dok punggung!" hahaha

  5. azie (aku lupe la name betol dia) budak ni paling pandai la kat situ; mudah diajar, kalau ajar mewarna, melukis tu cepat je dia ni. tapi yang panas nye, azie ni suke sangat kacau budak2 lain. suke2 hati dia je lempang budak2 lain :P

  6. syamin. haaa, this boy, mak dia pon salah sorang pekerja kat sini. dah mak ade kat situ, perangai memang dah boleh bayang la kan. muer bak kate loghat aku! memang susah nak diajar la. and suke lawan balik, ni yang aku paling x suke peangai dia!

  7. naqib. PENDIAM! tu je yang boleh aku cakap. and PASSIVE!

  8. aqil. tak dengar cakap. and ngan dia sorang ni, mesti kene prepare towel, sebab kuat sangat berhingus nye.

  9. amzar (ja). boy ni ok ngan aku n sume pekerja. layan dia ni best! boleh bergelak ketawe! hahaha

  10. yusnazran. name femes kat taska is babaq! haha.. aku pon taktau kenape. aku ingat dia ni dah 'tua', tapi baru setahun sebulan. kalah body yang besar tu. sume budak takot ngan dia. tapi, dia ni BAIK :D

  11. batrisya. pompuan ni geng ngan ja n babaq, geng gengster! hahahaha.. dia takkan ikut orang2 baru cam aku ni, mesti nak ngan pekerja lame tu je.

  12. aisya humaira (aisya). ni geng2 baby (bawah 1 tahun). dia lembut sangat. suke sangat ngan dia. sebab dia suke duduk2 kat aku ^_^

  13. muhammad zahidi. kak mah gelar dia ni zed zaidi, lawak kot! hahaha.. part paling 'best', dia ni suke betol menangis, geram aku. boleh buat kami2 hilang sabar kot, haish! nak senyapkan dia? sumbat botol susu/dukung. (memang tak arh nak dukung tu)

  14. daniel(neney a.k.a deney) deney tu macam terlalu manje la. hobi dia; duduk kat bilik air, muke da mesti ade kat pintu bilik air.

  15. nasim hafiz. i love his name! first time aku dengar akak2 kat situ sebut sim sim tu, aku ingat husin! haha
dia ni manje jugak, mungkin manje sebab nak dapat adik kot. yang penting, dia handsome! hahahaha

  16. rizki (kiki), baby yang paling mude. baru boleh merangkak. agak 'tough' jugak and makanan nye hanye SUSU! :)

  17. zikri. boy yang bermate bulat. dia datang kejap je, 12.30-2.30 camtu je. bile datang time mnangis, memang bergetar la eardrum ni!

haaaa, aku ingat kot sume name diorang, suke! ;)

::menjaga baby sangat2 memerlukan kesabaran yang tinggi. ikhlaskanlah hati menjaga diorang, janganlah terlalu berkasar. anggaplah diorang seperti anak atau adik kita sendiri::







Saturday, June 16, 2012

pssst.. MY DREAM

dari zaman skolah kot suke main2 camera ni. 
dulu start ngan camera yang pakai kodak tu, pastu dah maju skit, gune digital camera pulak. and now, masih mengumpul duit dengan titik peluh sendiri tuk beli DSLR pulak :D
bile boleh capai tu tak tau la, i'Allah coming soon. hehehe

dah jejak uni ni lah lagi luas pemandangan dan lagi banyak penerokaan tu. *ayat dah macam ape je*
 dengan berbekalkan DSLR nazihan, aku try la berjinak2 snap gambar2 ni. aku sangat2 suke ngan gambar2 scenery, insects, or in other words, ciptaanNya. rase macam...... subhanaAllah!

and my first work;

and feedback from those yang dah pro dalam bidang ni;

IIUM photographer community


my wall post



republic 92





aku akan berusaha untuk capai ape yang aku nak!

my first job: BABY SITTER

dup dap dup dap...
nervous weh bile first time berstatus pekerja.
dah la first day motor aku bocor di tengah2 jalan, sadis tol!

cuti 3 bulan ni, aku manfaatkan dengan cube mencari pengalaman. and i got a job kat taska an-nasuha, taman permint jaya.

alhamdulillah, sampai kat taska tu sharp pukul8. masuk2 je perkenal diri as a new baby sitter. lepas tu, memang tak tau what should i do.

masuk and duduk je kat ruang baby 1 tahun ke bawah. just tengok2 je.

first day, aku hanya mampu memakaikan baju tuk sorang je baby. pastu menyuapkan nestum tuk diorang. and buang sampah at the end of the day.

second day baru lah feel as a baby sitter. ye lah, aku dah diberi task :)

dah dapat mandikan baby. yang paling kecik aku mandikan, yg baru boleh merangkak, risau jugak sebenarnye. dah la banyak kat paper pasal kes2 budak meninggal kat nursery!
Alhamdulillah, stakat ni takde pape masalah and harap takkan ad pape masalah.

lepas dah suap2 makan tu, baru lah ade sorang yg baru bangun tido. ok, tak ingat umur dia, tapi dalam lingkungan 2-3 tahun camtu.

pe yang aku perhatikan, dia punye style ni, taktau nak cakap camne.
firstly, i asked him to took off his shirt. ok, dia tak boleh nak buat.
secondly, kat bilik air tu, he just stood and waited for me to wash his body. memang lah tu one of the tasks as a baby sitter. tapi, dia ni macam tak reti langsung tau!
nak banding ngan my niece, yang sebaya dengan dia, totally different lah. aku punye anak sedare tu dah boleh take bath by herself kot!

last but not least, task aku kat situ on second day macam habis awal. ye la, kalau khamis, kat tempat aku ni parents habis keje awal, 3.30 dah balik kot.

tapi ade yang last parent datang ambik pukul6.
then, lepas dah siap mop lantai sume2, aku pon balik la :)

and that's the end of 2 days; me, as a baby sitter at taska an-nasuha, taman permint jaya :D