Rabu, 21 Januari 2009
Habis sahaja aktiviti kokurikulum, aku terus berjalan ke
pondok diluar pagar sekolah untuk menunggu kakakku datang menjemput pulang.
Sekilas pandang ke jam Casio ditanganku, jarum menunjukkan
hampir 5.30 petang. Jalan mula sesak dengan kenderaan-kenderaan yang baru
pulang dari kerja.
Aku tersenyum apabila nampak kelibat sebuah kereta kancil
berwarna putih. “yea, dah sampai!”
Sejurus aku masuk ke dalam kereta, semakin lebar senyumanku
apabila melihat kakak kesayanganku ini memakai baju pinkku. “Kak Da teringin la
nak pakai baju pink adik ni”, terngiang-ngiag perbualan kami semalam.
Tapi, aku pelik dengan kak Nurul Huda pada petang tu. Aku
lihat, dia muram je dan aku mengambil keputusan untuk berdiam diri. Perjalanan
petang itu, aku rasa sangat sunyi.
Malamnya, sebelum ma,
Kak Husna, Kak Farihah dan aku ke surau, ma menjenguk keadaan Kak Da di dalam
bilik. “Kenapa ni Da?” pertanyaan ma sejurus melihat keadaan Kak Da yang
melekupkan kepalanya di lutut, membuatkan aku turut serta untuk melihat keadaan
Kak Da. “takde apa ma, sakit kepala je.”
“Wan..wan.. jom balik jap!” anak buahku datang memanggil ma.
Selang 5 minit, aku dan kakak-kakakku pun ambil keputusan untuk balik.
Sampai je aku di ruang tamu, aku sangat terkejut bila
terpandang keadaan Kak Da yang separa sedar, bersandar pada kakak sulongku, Kak
Zie. “ma…ma…ma…” Kak Da memanggil-manggil ma.. “ye sayang, ma ada kat sini.
Kenapa Da? Da sakit kat mana sayang?” “ma…ma…ma...”
Aku sangat terkejut. Terus aku masuk ke bilik. Aku tak
tahan, aku tak sanggup nak tengok semua tu.
“kenapa dengan Kak Da? Kenapa?” Kak
Na masuk ke bilik, terus mengesat air mataku.
Selepas siap membersihkan diri Kak Da, ma dan abah mengambil
keputusan untuk bawa Kak Da ke hospital.
“Kak terdengar suara Kak Da memanggil-manggil nama Kak.
Terus akak naik tengok Kak Da. Masa tu Kak Da terbaring kat kerusi, mungkin
terjatuh masa nak ke toilet” Kak Zie yang berada di rumah pada masa itu,
bercerita kepada kami.
Hampir jam 1 pagi, mereka sampai ke rumah.
“ Doktor cakap, Kak Da keracunan makanan.” Ma maklumkan
kepada kami. Malam itu, ma tidur disebelah Kak Da.
Khamis, 22 Januari 2009
Seperti biasa, 6.30 pagi, aku siap beruniform sekolah dan
terus ke dapur untuk sarapan pagi.
Sebelum ke dapur, aku sempat menjenguk Kak Da. Aku nampak
Kak Da terjaga dan dia macam mencari sesuatu. Aku terus mendapatkan Kak Da. Dia
muntah. Aku berlari ke dapur untuk memaklumkan kepada ma.
Hari ini, hari merentas desa di sekolah. Tapi aku, Najibah
dan Nazihan tak join. Kami menghabiskan masa bersama-sama dan aku pun
menceritakan keadaan Kak Da.
Setibanya aku di rumah, Kak Da dilawati oleh sepupuku
sekeluarga.
Petang itu, Kak Da makan sangat sikit. Kak Da hanya baring
dan duduk disokong oleh something. Kak Da tak mampu untuk berjalan sendirian.
Malamnya, kami sekeluarga baca Yasin beramai-ramai untuk
kesejahteraan Kak Da.
Sesudah itu, ma menyuruh kami memaklumkan kepada Abg Din di
campus. “Kak Da tak sihat, dia baring je dari semalam. Din balik la ye..”
antara perbualan ma dan Abg Din. “Ok, InsyaAllah Din balik hari isnin”. Kalau
diikutkan, Abg Din merancang untuk tidak pulang pada cuti Chinese New Year tu.
Jumaat, 23 Januari 2009
Pagi itu, kami bersarapan bersama Kak Da. Alhamdulillah, Kak
Da dah mula berborak-borak dengan kami.
“Makanlah banyak-banyak, nanti Kak Da
dah sembuh, kita boleh sambut birthday Ha!” Aku masih ingat perancangan Kak Da
yang bercadang buat jamuan satu keluarga sempena hari jadiku pada 25 Januari
nanti.
Sambil-sambil kami berborak, kata=kata yang dikeluarkan oleh Kak Da
membuatkan kami terdiam, “Kepala Kak Da rasa sakit sangat, macam dah nak
mati.”. “Ish, pe yang Kak Da mengarut ni? Dah-dah, habiskan bubur ni.” Kak Na
terus menyuap Kak Da.
Walaupun tidak mampu untuk berdiri, Kak Da masih
melaksanakan kewajipannya pada Yang Maha Esa. Ma membantu Kak Da persiapkan
diri. “Ok, niat solat zohor, berapa rakaat Da?” “Emmm…. Berapa ya ma? Tiga
kan?” “Empat sayang.”
Petangnya, selepas Asar, tunang Kak Da datang melawat
bersama emaknya.
Kebetulan ketika itu, ma sedang menyuapkan nasi untuk Kak Da
dengan batuan aku.”Allhamdulillah, Da makan habis hari ni”
Selesai sahaja makan, Kak Da terus baring, melelapkan diri
sampai malam.
Selepas maghrib, kami sama-sama mengaji berhampiran Kak Da.
Kemudian, ma terperasan yang tilam itu basah. “Kak Da kencing ni.
Astarghfirullah, Da dah tak sedar ni”
8.30 malam
Kami membantu ma untuk bersihkan diri Kak Da. Selesai semua,
kawan rapat Kak Da sampai, untuk menziarah Kak Da.
Ma membaringkan Kak Da dalam keadaan mengiring, untuk
memudahkan kahak keluar. Selang beberapa minit, ma memusingkan badan Kak Da
untuk baring dengan betul.
Aku yang berada disebelah Kak Da, sangat terkejut dengan
keadaan Kak Da yang pucat dan kelihatan biru. Air mata ku merembes keluar
automatically. Aku sangat-sangat terkejut.
“Astarghfirullah.. Da… Da.. mengucap Da.. cepat-cepat,
panggil semua… Ha, pegi ambik Yasin, baca..”
“Laailahaillallah… mengucap Da.. laailahaillallah..”
Sementara aku baca Yasin, Kak Farihah ke rumah jiran-jiran,
Kak Husna buat panggilan untuk semua saudara mara dan kawan rapat Kak Da
memaklumakan kepada rakan-rakan dan majikannya.
Dalam sekelip mata, rumah aku dipenuhi saudara mara dan
kenalan rapat Kak Da.
Datang bapa saudara aku, yang boleh dikategorikan orang
alim, melihat keadaan Kak Da.
Seketika kemudian, dia memberitahu bahawa Kak Da sudah
tiada. “Apa pak Ngah mengarut ni?!” Tiba-tiba aku tinggikan suara kepadanya.
“Ma, Pak cik, apakata kita bawa Da ke hospital? Dia orang
tua, dia tak tau apa-apa..”
Itulah antara mulut-mulut kawan Kak Da yang terkejut dengan
percakapan bapa saudaraku.
Namun, naluri seorang ibu, tidak dapat dinafikan. Ma
menghubungi sepupuku yang juga seorang doctor. Dan dia juga mengesahkan berita
yang sama.
“Kak Da….” Aku teresak-esak di sebelah Kak Da sambil
mengenggam tangannya. Aku tak boleh terima dengan berita itu, ia sangat
singkat.
10.30 malam
“Assalamualaikum, Din. Din, Kak Da….. Kak Da dah takde”..
aku haya mendengar dari jauh perbualan antara Kak Na dan Abg Din.
Walau jauh, tapi aku dengar suara Abg Din yang menangis di
corong talifon. Sangattt kuat!
Selepas berbincang dengan pihak yang berkenaan, abah
memberitahu kami tidak boleh menunggu Abg Din sampai, kerana takut lambat,
kesian kat Arwah.
Selang beberapa minit, Abg Din menghubungi kami, memaklumkan
dia akan ambil tiket penerbangan yang paling awal. Dan berpesan kepada abah,
menyuruh tunggu dia sampai.
Kak Na dibantu ibu-ibu saudaraku, menguruskan Kak Da.
Hampir tengah malam, jiran-jiran beransur pulang. Ketika
kami duduk-duduk di ruang tamu bersama saudara-saudara terdekat, tiba-tiba aku
tedengar tangisan ma.. “Da dah takde…”
:’(
Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku time tu. Susah untuk aku
dan keluarga terima berita itu.
Kak Da pergi dengan sekelip mata. Kak Da tak kasi apa-apa
tanda pon. Kak Da pergi dengan begitu je. Kak Da pergi tanpa tunaikan janji dia
untuk makan besar-besaran satu keluarga. Kak Da pergi tanpa menunggu aku
berjaya dalam SPM.
2 pagi
Aku SMS Nazihan dan Najibah memaklumkan berita ini. Aku
tidur dengan linangan air mata malam itu. Ma langsung tak tidur, mengaji untuk
Kak Da.
Sabtu, 24 Januari 2009
Abg Din memaklumkan penerbangan dia pada pukul 7 pagi dari
KLIA. Kami bangun persiapkan diri untuk hari ini.
8 pagi
Kak Da bersedia untuk dimandikan. Aku menjadi saksi proses
memandikan Kak Da, dari awal hingga akhir. Ketika itu, aku tak dapat menahan
sebak. Ma sentiasa bersama Kak Da. Ma menjadi pembantu orang yang menguruskan
Kak Da.
Tak lama kemudian, Abg Din sampai. Abg Din memeluk ma. Ma
nasihatkan supaya kami bersabar.
Selesai mandi, sampailah masa untuk Kak Da dikafankan. Mak
Cik memanggil semua adik beradik untuk cium Kak Da buat kali terakhir. Aku
menjadi orang pertama cium Kak Da. Bersihnya muka Kak Da, aku Nampak mukanya
tersenyum.. Lama! Lama sangat aku cium Kak Da. “Kak Da dah nak tinggalkan Ha
buat selama-lamanya.”
Selepas semua orang dah cium buat kali terakhir, sampailah
turn Abg Din. Namun, Abg Din hanya mampu melihat. Abg Din tak kuat untuk
menghadiahkan ciuman terakhir buat Kak Da.
Ma memimpin Abg Din ke bilik air, untuk mempersiapkan diri
solat jenazah.
Aku dan adik-beradik yang lain hanya menjadi pemerhati mak
cik menutup muka Kak Da, mengikat badan Kak Da, mengusung Kak Da, meletakkan ke
dalam keranda! Aku menjadi saksi kepada semua yang dilakukan kepada Kak Da.
Kami, adik beradik perempuan hanya menghantar Kak Da
sehingga ke tangga rumah kami.
10 pagi
Selepas selesai solat jenazah di surau berhampiran rumah
aku, bergerak lah lori yang membawa keranda Kak Da ke tanah perkuburan.
Selamat tinggal Kak Da. Kami sentiasa sayang dan ingat
kepada Kak Da. Semoga Kak Da berada bersama orang-orang yang solehah.
22 April 2012
Kak Da, dah 3 tahun Kak Da tinggalkan Ha. Ha berjaya masuk
ke alam universiti. Tapi, ha selalu down, stress. Course Ha susah, berat bagi
Ha. Kalau Kak Da ada, mesti best, Kak da mesti tolong Ha kan? Ha tau, sebab Kak
Da hebat dalam English!
I miss u so much sis! Kadang-kadang Ha pon rase nak mati,
nak jumpa Kak Da. Ha rinduuuuu sangat-sangat kat Kak Da. I love u sis! Semoga
tenang di sana J
:: cerita ini adalah kisah benar yang diambil dari
pengalaman aku sendiri. Aku sangat merindui arwah. Arwah adalah permata
keluargaku. Arwah sangat rapat dengan semua adik-beradik dan anak-anak saudaranya.
Arwah diibaratkan penyokong kedua keluargaku selepas abah. Arwah baik dengan
semua orang dan semua makhluk. Kucing buangan yang digelar Parkinson olehnya,
telah menghilangkan diri selepas kematiannya.
Al- Fatihah untuk allahyarhamah Nurul Huda binti Abu Bakar yang
meninggal pada 23 Januari 2009::
2 comments:
sabar ye wahai sahabatku...ak turut merasakan kesedihan yg kamu rasai...tp ku th...bert lg org yg merasainya...sbr taw...doa byk2...huuh
tenkiu sis.. for always supporting me ;)
Post a Comment