Saturday, March 26, 2011

bermulanya zina ialah dengan............

macam mana zina itu dtg??

bermulanya zina ialah dengan mata.
memeliharalah mata tersebut daripada perkara yang
diharamkan oleh Allah
seperti melihat akan perempuan yang bukan muhrim,
melihat aurat samada lelaki atau perempuan,
melihat gambar2 lucah dan sebagainya.

Firman Allah swt:
"Katakanlah (wahai Rasul) kepada mereka yang beriman
peliharalah mata kamu daripada perkara yang tidak harus bagi kamu
dan peliharalah kemaluan kamu daripada perkara yang diharamkan oleh Allah.
Yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan
sesungguhnya Allah akan membalas dengan
segala apa yang dikerjakan." AN-NUR;30.

Daripada ayat di atas,
tahulah kita yang Allah telah perintakan kita supaya
 menjaga dan memelihara pandangan mata kita daripada apa yang diharamkan
dan juga memerintahkan kita supaya
 memelihara kemaluan daripada perkara yang ditegah syara'.

Hikmahnya adalah kerana segala pekerjaan yang diharamkan Allah atas kemaluan itu segalanya bermula dari mata.

Rasulullah saw bersabda;"Bagi setiap anak adam itu ada bahagiannya daripada zina
maka kedua matanya itu berzina
dan zinanya adalah pandangan (kepada yang haram),
dan kedua tangan itu berzina dan
zinanya itu ialah memegang kepada yang haram dipegang,
dan kedua kakinya itu berzina
dan zinanya ialah berjalan di tempat yang diharamkan oleh Allah,
dan mulut itu berzina
dan zinanya itu ialah mengucup (mencium) kepada segala yang haram dikucup,
dan hati itu bercita-cita ia,
dan dibenarkan oleh kemaluan (agar melakukan zina) atau didustakan ia."

Maka
setiap pandangan itu hendaklah dijaga
agar kita terselamat dari terjerumus ke lembah zina,
tersebut didalam satu hadis Rasulullah saw bahawa
 pandangan yang haram itu adalah seperti
panahan iblis kedalam hati yang membawa kebinasaan;

sabda Rasulullah;
Sesungguhnya memandang kepada perempuan
(selain yang mahram dan isteri)itu adalah
anak panah daripada panahan iblis,
maka barangsiapa yang meninggalkannya maka
 Allah akan menganugerahkan kepadanya lazat dalam ibadah."

Didalam hadis ini
 dapatlah kita faham bahawa
 setiap kelazatan ibadah itu
ada kaitannya dengan apa yang kita lihat.
kerana itulah kadang2 apabila kita sembahyang,
susah sangat untuk kita mendapatkan khusyuknya.
Segala tata tertib,rukun dan syaratnya telah kita jaga,
bacaannya telah diperbetulkan tetapi
masih belum dapat khusyuk.
Periksalah apa yang kita makan dan
 apa yang kita lihat
 kerana makanan itu membentuk hati dan
pandangan itu mencorakkan hati,
pandangan itulah yang akan
merangsangkan hati akan apa yang dilihat.
ia adalah punca kejahatan.

firman Allah swt.;

Mengetahui Allah akan segala
khianat mata(mencuri pandang kepada yang haram)
dan apa yang disembunyikan di dalam dada."al ghafir;19
maka hendaklah kita menjaga mata kita

daripada pandangan yang haram,
agar kita beroleh kelazatan di dalam beribdah.
Dan yang paling besar nikmat itu ialah
anugerah melihat Allah di akhirat kelak.
Oleh itu peliharalah mata sebagai
tanda syukur kita kepada Allah dan
sebelum Allah menarik nikmatNya atau
diAZAB pandangan kita di akhirat kelak..

No comments: