Wednesday, February 6, 2013

"ape specialnya awak?"

7.40pagi
"ok, i'm done!  jom  Kak Long."
time tu rempit. rempit dengan skuter icon Kak Long. laju gile bak ang Kak Long bawak. nak kejar masa punye pasal.
8.05pagi
sampai kat venue ni, kitorag check name list kat board. dan yang kami nampak, nama aku kat bahagian ujian medsi .
"ehh, Aina. buat ape?" 
kawan Kak Long tegur, with her little sister yg ambik ujian jugak.
"this is my cousin.. tapi dalam surat dia medsi petang."
"meh sini saya tengok... salah ni. sepatutnye interview dulu kat bilik sane"
"SERIOUSLY???"
ambik kau, dua-dua terkejut! haha
pe lagi, blah la.

rempit ke venue untuk interview. aku kemain, memang cuak habis la. sebab dah lewat. candidates should be there 30 minutes earlier. 

"assalamualaikum sis, tumpang tanye, mane bilik 6 eh?"
"emm yg tu 4 dengan 5, cube adik tengok hujung sane"
"ok, mekasih :)"

phewww! nasib baik bilik aku tu p.i.c belom ade. sempat jugak melepaskan penat.hihi
dah siap isi borang, tunggu, sembang dengan orang sebelah. senyum, mengeliat, ...
"ok, Nor Hanani?!..."

*i gave him a smile, tanda terima kasih*

"Assalamualaikum"
serious aku rasa aku bagi salam tu kuat! kuat sangat

"waalaikumussalam"
"ok, bagi fail awak, dan berdiri dalam petak belakang tu. pastu baca nombor ni"
first, ujian buta warna.

"ok, awak boleh duduk"
"terima kasih :)"

"kenapa awak berada kat sini?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
boleh tahan lame, banyak encik panel tu tanye aku.
"so, ape special nye awak? ape keistimewaan awak  yang membolehkan kami terima permohonan awak?"
.
.
.
.
.
"hurmmm, saya boleh buat seemmuaaaaa! :D"
"ok, kalau memasak, ape masakan paling sedap pernah awak buat?"
"haaa, saye pernah buat pavlova dengan blueberry cheesecake!"

and, lepas aku sebut aku buat cheesecake, muke panel pompuan tu tengok aku macam semacam je. macam dia nak cakap.. "seriously???" haaa, gitu!
*ok, aku perasan jap.. heeee*

then.. memang lame gile sembang pasal cake, menjahit.

and last question dari panel lelaki tu,
"ok, rukun islam ade brape?"
"rukun islam ade 5 perkara"

"rukun iman?"
"rukun iman ade 6 perkara"

seriously tone suara aku time tu macam budak skolah, budak tadika =.=

"cube sebutkan rukun islam"
"ok, pertama mengucap dua kalimah syahadah. kedua solat 5waktu . ketiga berpuasa di bulan ramadan. keempat menunaikan haji. emm yang kelimaaaa....."

*penat aku pikiaq, seriously tak ingat!!

"jap2, saya ulang balik. ok, pertama mengucap dua kalimah syahadah. kedua solat 5 waktu. ketiga berpuasa di bulan ramadan. keempat menunaikan haji. kelima.... emm, beriman kepada Qada' dan Qadar. ehhh, yang tu rukun iman. emmmm..emmm"
"takpe la. balik nanti awak check balik ye"

omaigod omaigod. malu time tu jangan cakap lah.
sampai kesudah aku tak ingat! malu wei, malu!!!!

::sampai turn panel ke tiga, pompuan::
"awak lepasan STPM ke?"
"emm tak, saya asasi"

"ouh, asasi mane ye?"
"asasi ***"
"course ape?"
"english"
"waahhh, so you're good in english"
"emm but i'm not too good"
*aku mane la reti english wei*

"so.. why don't you choose english?" *kalau saye pilih english,takde nye saye kat sini*
"emmm should i speak english?"
"of course!  u should speak english with me"

tudiaaaaa, ambik kau! english aku berterabur bak ang !

under ngan below pon tak boleh nak beze dah. dusshhh!

but! her words, (her? eh tak sure interviewer mane yg cakap) yang buat aku keep smiling sampai balik..
"ye,  awak ade personaliti tu. awak ade ciri-ciri tu"
haaa, sape tak senyum sampai ke telinge wei. kuikuikui

dan sampai dah cakap terima kasih pon, and aku jalan nak ambik fail, diorang boleh lagi sembang pasal cakes. 
memang aku tersenyum lebar la.

and all praise to Him. hanya Dia yang tolong aku.
ni rahsia nya:
sementara masa yang ade time aku tunggu turn, i keep praying;
"robbi yassir wa la tu'assir.. kalau betol rezeki aku kat sini, Kau permudahkanlah"
baca banyak kali!

sebenarnya tu galakan/nasihat dari novel Cinta High Class by Ustz. Fatimah Syarha yg aku bace.

dan bila dah berjaya tu, janganlah kita rasa bangga, rasa riak dengan ape yang kite dapat. kerana sesungguhnya semua nya datang dariNya.

** ni cerita sebulan yang lepas. and now, alhamdulillah. aku diterima dan bakal join the campus on 14th Feb. :)

Tuesday, January 1, 2013

Resepi : BLUEBERRY CHEESECAKE

Ok, disebabkan ramai yg mintak resepi, aku update jugak la even x brape nak rajin.
Rase semangat jap bila org tertarik nak try :)

Ni, resepi asal yg cheq pilih utk dijadikan rujukan; blog kak ana.

First, jom sediakan bahan2 dia dulu.

oreo, gula kastor, whipping cream, gelatine, cream cheese, butter, yougurt, blueberry filling

HOW?

1. Base Oreo
kisar 100g oreo yang telah diasingkan creamnya.

45g butter (cairkan)

masukkan oreo yang telah dikisar ke dalam butter yg dah dicairkan. kacau hingga sebati.
   oreo: kisar pakai blender boleh, nak pakai tumbuk2 je pon boleh. tapi pastikan ia hancur :)
   butter: masukkan dalam oven utk beberapa saat atau panaskan atas api dapur. (atau ape2 cara yg boleh cairkan butter tu)


ni, dah sebati :)
lepas tu, tekan dia sampai padat kat bekas korang. adunan ni utk saiz kecik, so aku pakai tupperware yg kecik je la. then, nak memudahkan proses pengeluaran nanti, letak la plastik sbg alas.


dah siap base dia! hihihi
then, masukkan dalam peti dulu sementara kita buat cheese cake pulak :)


2. CheeseCake
125g whipping cream

ok, yang ni putar sampai dia kental. nak tau camne dia kental? dia dah x cair..hihihi
bila guna mixer tu, korang putar dgn kelajuan yg rendah dulu, pastu barulah lajukan dia sampai jadi macam dalam gambar ni :)

dah kental, abaikan dia dulu, nanti layan dia lagi.

masukkan: 
30g gula kastor
80g blueberry filling
125g cream cheese

kacau guna mixer sampai sebati,


dah sebati tu, stopkan mixer.

masukkan se cawan blueberry yogurt ke dalam adunan cheese tadi. kacau hingga sebati menggunakan sudu.


this what we call; gelatine

p/s: hati-hati dalam pembelian gelatine, sbb 70% tak halal. nak sure, belilah yg jename halaljel.

1/2 sudu besar + 1/2 sudu teh gelatin
kacau dengan 2 sudu besar air panas


masukkan ke dalam adunan dan kacau hingga sebati.


next, masukkan whipped cream sedikit demi sedikit.


kacau hingga sebati macam dalam gambar :)


lastly, masukkan ke dalam bekas yg ada oreo base tadi..


SIAP! masukkan ke dalam peti selama lebih kurang 4 jam.
kalau aku, aku buat malam, then keesokannya barulah aku keluarkan utk buat topping :D



here we go! CHILLED BLUEBERRY YOGURT CHEESECAKE.. alhamdulillah, boleh tahan sedap! hahahaha (ni bukan pujian utk diri sendiri ok)

so, for those yang rasa macam nak buat cheesecake, boleh la try. seriously, sodap! insyaAllah, kalau agpa ikut atau letak bahan2 tu, ia menjadi :)

and, kalau nak buat besar, standard size kek tu, double kan sukatan nya. senang bukan! hihihi

selamat mencuba! :D