Wednesday, July 20, 2016

TERIMA KASIH

Terima kasih Tuhan, untuk kesempatan ini
Terima kasih awak, kerana memaafkan.


*draft*

Friday, July 15, 2016

MASA

Masa tak pernah menyembuhkan luka dihati. Masa sekadar memberi ruang untuk kita belajar dan sedar bahawa Tuhan adalah sebaik-baik penyembuh.

Maanfaatkanlah masa yang diberi Tuhan untuk sentiasa kerjakan perkara-perkara yang disukaiNYA.
Paksa diri untuk lakukan kebajikan, dan kerelaan akan muncul pada kemudiannya.

Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Tuhan.

Thursday, July 14, 2016

KOSONG

Perasan akan perubahan dalam diri.

Tiada rasa untuk mengambil tahu hal sekeliling,
Tiada rasa akan perubahan tingkah laku mereka dipersekitaran,
Tiada rasa untuk bermesra bersoal jawab tentang hal itu,
Tiada rasa ingin tahu akan semua tindakan yang dilakukannya.

KOSONG. 

Ruang kosong ini membuat diri itu menyendiri.
Ruang kosong itu membuat dia menyepi.
Ruang kosong ini akan bererti
jika ada kamu di sisi.

Monday, July 11, 2016

EMBUN : SENDIRI

Rutin Embun sejurus selesai Subuh bersama Ma'thurat; meluangkan masa dengan diri sendiri ditemani 'Bicara Ini Demi Ilahi' hasil karya Tuan Guru Nik Aziz. Bersantai pada hammock yang digantung di balkoni biliknya dengan menadah muka pada simbahan cahaya mentari yang baru sahaja munculkan diri. Embun sangat sukakan keindahan alam yang baginya memberi seribu ketenangan.
Tutur kata dan tingkah laku kita adalah buah daripada pohon yang berada di dalam hati. Andai pohon itu subur, maka ia akan menghasilkan buah yang molek. Maksudnya, dari hati yang baik itu akan melahirkan tutur kata yang baik dan seterusnya menandakan hati budi kita juga baik.
Embun termenung sejenak sebaik perenggan itu dihadamnya.
"Apakah mereka dan Tuhanku akan memaafkan segala tutur kata dan tingkah laku ku yang tidak baik pada mereka?"
Ditutup buku itu lalu mata Embun dialih ke pandangan di hadapannya. Mentari bulat secantik ciptaannya mula menerbitkan cahaya-cahaya oren. Betapa Embun sukakan keindahan ini.
"Tuhan.. ampunkan aku Ya Rahman"

Fikiran Embun melayang jauh ke masa yang telah berlalu. Satu per satu kenangan terbentang di minda. Sungguh Embun rindukan mereka yang pernah berkongsi suka duka dan gelak tawa dengannya. Sungguh Embun rindukan masa-masa yang diluangkan bersama mereka. Embun terlalu merindu sehingga cecair-cecair jernih mengalir di pipi Embun yang hilang tembamnya.

"Maafkan Embun, kerana menyepi dari kalian"

Panggilan dari Bunda menghentikan lamunan Embun. Cecair diseka, nafas ditarik sedalamnya dan dihembus lembut ke mentari yang tidak lekang menemani. Dan bibir, diukir senyuman nipis. Kaki melangkah ke ruang dapur untuk melaksanakan tanggungjawabnya pada kesayangan.

Sunday, July 10, 2016

REFRESH

ruang blog disapu habuk serta kulat
kelihatan sedikit lapang dan nyaman