Sunday, April 22, 2012

CERPEN: Aku Rindu Dia


Rabu, 21 Januari 2009

Habis sahaja aktiviti kokurikulum, aku terus berjalan ke pondok diluar pagar sekolah untuk menunggu kakakku datang menjemput pulang.

Sekilas pandang ke jam Casio ditanganku, jarum menunjukkan hampir 5.30 petang. Jalan mula sesak dengan kenderaan-kenderaan yang baru pulang dari kerja.

Aku tersenyum apabila nampak kelibat sebuah kereta kancil berwarna putih. “yea, dah sampai!”

Sejurus aku masuk ke dalam kereta, semakin lebar senyumanku apabila melihat kakak kesayanganku ini memakai baju pinkku. “Kak Da teringin la nak pakai baju pink adik ni”, terngiang-ngiag perbualan kami semalam.

Tapi, aku pelik dengan kak Nurul Huda pada petang tu. Aku lihat, dia muram je dan aku mengambil keputusan untuk berdiam diri. Perjalanan petang itu, aku rasa sangat sunyi.

Malamnya,  sebelum ma, Kak Husna, Kak Farihah dan aku ke surau, ma menjenguk keadaan Kak Da di dalam bilik. “Kenapa ni Da?” pertanyaan ma sejurus melihat keadaan Kak Da yang melekupkan kepalanya di lutut, membuatkan aku turut serta untuk melihat keadaan Kak Da.  “takde apa ma, sakit kepala je.”

“Wan..wan.. jom balik jap!” anak buahku datang memanggil ma. Selang 5 minit, aku dan kakak-kakakku pun ambil keputusan untuk balik.

Sampai je aku di ruang tamu, aku sangat terkejut bila terpandang keadaan Kak Da yang separa sedar, bersandar pada kakak sulongku, Kak Zie. “ma…ma…ma…” Kak Da memanggil-manggil ma.. “ye sayang, ma ada kat sini. Kenapa Da? Da sakit kat mana sayang?” “ma…ma…ma...”

Aku sangat terkejut. Terus aku masuk ke bilik. Aku tak tahan, aku tak sanggup nak tengok semua tu.

“kenapa dengan Kak Da? Kenapa?” Kak Na masuk ke bilik, terus mengesat air mataku.

Selepas siap membersihkan diri Kak Da, ma dan abah mengambil keputusan untuk bawa Kak Da ke hospital.

“Kak terdengar suara Kak Da memanggil-manggil nama Kak. Terus akak naik tengok Kak Da. Masa tu Kak Da terbaring kat kerusi, mungkin terjatuh masa nak ke toilet” Kak Zie yang berada di rumah pada masa itu, bercerita kepada kami.

Hampir jam 1 pagi, mereka sampai ke rumah.

“ Doktor cakap, Kak Da keracunan makanan.” Ma maklumkan kepada kami. Malam itu, ma tidur disebelah Kak Da.

Khamis, 22 Januari 2009

Seperti biasa, 6.30 pagi, aku siap beruniform sekolah dan terus ke dapur untuk sarapan pagi.

Sebelum ke dapur, aku sempat menjenguk Kak Da. Aku nampak Kak Da terjaga dan dia macam mencari sesuatu. Aku terus mendapatkan Kak Da. Dia muntah. Aku berlari ke dapur untuk memaklumkan kepada ma.

Hari ini, hari merentas desa di sekolah. Tapi aku, Najibah dan Nazihan tak join. Kami menghabiskan masa bersama-sama dan aku pun menceritakan keadaan Kak Da.

Setibanya aku di rumah, Kak Da dilawati oleh sepupuku sekeluarga.

Petang itu, Kak Da makan sangat sikit. Kak Da hanya baring dan duduk disokong oleh something. Kak Da tak mampu untuk berjalan sendirian.

Malamnya, kami sekeluarga baca Yasin beramai-ramai untuk kesejahteraan Kak Da.

Sesudah itu, ma menyuruh kami memaklumkan kepada Abg Din di campus. “Kak Da tak sihat, dia baring je dari semalam. Din balik la ye..” antara perbualan ma dan Abg Din. “Ok, InsyaAllah Din balik hari isnin”. Kalau diikutkan, Abg Din merancang untuk tidak pulang pada cuti Chinese New Year tu.

Jumaat, 23 Januari 2009

Pagi itu, kami bersarapan bersama Kak Da. Alhamdulillah, Kak Da dah mula berborak-borak dengan kami. 

“Makanlah banyak-banyak, nanti Kak Da dah sembuh, kita boleh sambut birthday Ha!” Aku masih ingat perancangan Kak Da yang bercadang buat jamuan satu keluarga sempena hari jadiku pada 25 Januari nanti.

Sambil-sambil kami berborak, kata=kata yang dikeluarkan oleh Kak Da membuatkan kami terdiam, “Kepala Kak Da rasa sakit sangat, macam dah nak mati.”. “Ish, pe yang Kak Da mengarut ni? Dah-dah, habiskan bubur ni.” Kak Na terus menyuap Kak Da.

Walaupun tidak mampu untuk berdiri, Kak Da masih melaksanakan kewajipannya pada Yang Maha Esa. Ma membantu Kak Da persiapkan diri. “Ok, niat solat zohor, berapa rakaat Da?” “Emmm…. Berapa ya ma? Tiga kan?” “Empat sayang.”

Petangnya, selepas Asar, tunang Kak Da datang melawat bersama emaknya.

Kebetulan ketika itu, ma sedang menyuapkan nasi untuk Kak Da dengan batuan aku.”Allhamdulillah, Da makan habis hari ni”

Selesai sahaja makan, Kak Da terus baring, melelapkan diri sampai malam.

Selepas maghrib, kami sama-sama mengaji berhampiran Kak Da. Kemudian, ma terperasan yang tilam itu basah. “Kak Da kencing ni. Astarghfirullah, Da dah tak sedar ni”

8.30 malam
Kami membantu ma untuk bersihkan diri Kak Da. Selesai semua, kawan rapat Kak Da sampai, untuk menziarah Kak Da.

Ma membaringkan Kak Da dalam keadaan mengiring, untuk memudahkan kahak keluar. Selang beberapa minit, ma memusingkan badan Kak Da untuk baring dengan betul.

Aku yang berada disebelah Kak Da, sangat terkejut dengan keadaan Kak Da yang pucat dan kelihatan biru. Air mata ku merembes keluar automatically. Aku sangat-sangat terkejut.

“Astarghfirullah.. Da… Da.. mengucap Da.. cepat-cepat, panggil semua… Ha, pegi ambik Yasin, baca..”
“Laailahaillallah… mengucap Da.. laailahaillallah..”

Sementara aku baca Yasin, Kak Farihah ke rumah jiran-jiran, Kak Husna buat panggilan untuk semua saudara mara dan kawan rapat Kak Da memaklumakan kepada rakan-rakan dan majikannya.

Dalam sekelip mata, rumah aku dipenuhi saudara mara dan kenalan rapat Kak Da.

Datang bapa saudara aku, yang boleh dikategorikan orang alim, melihat keadaan Kak Da.

Seketika kemudian, dia memberitahu bahawa Kak Da sudah tiada. “Apa pak Ngah mengarut ni?!” Tiba-tiba aku tinggikan suara kepadanya.

“Ma, Pak cik, apakata kita bawa Da ke hospital? Dia orang tua, dia tak tau apa-apa..”
Itulah antara mulut-mulut kawan Kak Da yang terkejut dengan percakapan bapa saudaraku.

Namun, naluri seorang ibu, tidak dapat dinafikan. Ma menghubungi sepupuku yang juga seorang doctor. Dan dia juga mengesahkan berita yang sama.

“Kak Da….” Aku teresak-esak di sebelah Kak Da sambil mengenggam tangannya. Aku tak boleh terima dengan berita itu, ia sangat singkat.

10.30 malam
“Assalamualaikum, Din. Din, Kak Da….. Kak Da dah takde”.. aku haya mendengar dari jauh perbualan antara Kak Na dan Abg Din.

Walau jauh, tapi aku dengar suara Abg Din yang menangis di corong talifon. Sangattt kuat!

Selepas berbincang dengan pihak yang berkenaan, abah memberitahu kami tidak boleh menunggu Abg Din sampai, kerana takut lambat, kesian kat Arwah.

Selang beberapa minit, Abg Din menghubungi kami, memaklumkan dia akan ambil tiket penerbangan yang paling awal. Dan berpesan kepada abah, menyuruh tunggu dia sampai.

Kak Na dibantu ibu-ibu saudaraku, menguruskan Kak Da.

Hampir tengah malam, jiran-jiran beransur pulang. Ketika kami duduk-duduk di ruang tamu bersama saudara-saudara terdekat, tiba-tiba aku tedengar tangisan ma.. “Da dah takde…”  :’(

Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku time tu. Susah untuk aku dan keluarga terima berita itu.

Kak Da pergi dengan sekelip mata. Kak Da tak kasi apa-apa tanda pon. Kak Da pergi dengan begitu je. Kak Da pergi tanpa tunaikan janji dia untuk makan besar-besaran satu keluarga. Kak Da pergi tanpa menunggu aku berjaya dalam SPM.

2 pagi
Aku SMS Nazihan dan Najibah memaklumkan berita ini. Aku tidur dengan linangan air mata malam itu. Ma langsung tak tidur, mengaji untuk Kak Da.

Sabtu, 24 Januari 2009

Abg Din memaklumkan penerbangan dia pada pukul 7 pagi dari KLIA. Kami bangun persiapkan diri untuk hari ini.

8 pagi
Kak Da bersedia untuk dimandikan. Aku menjadi saksi proses memandikan Kak Da, dari awal hingga akhir. Ketika itu, aku tak dapat menahan sebak. Ma sentiasa bersama Kak Da. Ma menjadi pembantu orang yang menguruskan Kak Da.

Tak lama kemudian, Abg Din sampai. Abg Din memeluk ma. Ma nasihatkan supaya kami bersabar.

Selesai mandi, sampailah masa untuk Kak Da dikafankan. Mak Cik memanggil semua adik beradik untuk cium Kak Da buat kali terakhir. Aku menjadi orang pertama cium Kak Da. Bersihnya muka Kak Da, aku Nampak mukanya tersenyum.. Lama! Lama sangat aku cium Kak Da. “Kak Da dah nak tinggalkan Ha buat selama-lamanya.”

Selepas semua orang dah cium buat kali terakhir, sampailah turn Abg Din. Namun, Abg Din hanya mampu melihat. Abg Din tak kuat untuk menghadiahkan ciuman terakhir buat Kak Da.

Ma memimpin Abg Din ke bilik air, untuk mempersiapkan diri solat jenazah.

Aku dan adik-beradik yang lain hanya menjadi pemerhati mak cik menutup muka Kak Da, mengikat badan Kak Da, mengusung Kak Da, meletakkan ke dalam keranda! Aku menjadi saksi kepada semua yang dilakukan kepada Kak Da.

Kami, adik beradik perempuan hanya menghantar Kak Da sehingga ke tangga rumah kami.

10 pagi
Selepas selesai solat jenazah di surau berhampiran rumah aku, bergerak lah lori yang membawa keranda Kak Da ke tanah perkuburan.

Selamat tinggal Kak Da. Kami sentiasa sayang dan ingat kepada Kak Da. Semoga Kak Da berada bersama orang-orang yang solehah.

22 April 2012
Kak Da, dah 3 tahun Kak Da tinggalkan Ha. Ha berjaya masuk ke alam universiti. Tapi, ha selalu down, stress. Course Ha susah, berat bagi Ha. Kalau Kak Da ada, mesti best, Kak da mesti tolong Ha kan? Ha tau, sebab Kak Da hebat dalam English!
I miss u so much sis! Kadang-kadang Ha pon rase nak mati, nak jumpa Kak Da. Ha rinduuuuu sangat-sangat kat Kak Da. I love u sis! Semoga tenang di sana J



:: cerita ini adalah kisah benar yang diambil dari pengalaman aku sendiri. Aku sangat merindui arwah. Arwah adalah permata keluargaku. Arwah sangat rapat dengan semua adik-beradik dan anak-anak saudaranya. Arwah diibaratkan penyokong kedua keluargaku selepas abah. Arwah baik dengan semua orang dan semua makhluk. Kucing buangan yang digelar Parkinson olehnya, telah menghilangkan diri selepas kematiannya.  Al- Fatihah untuk allahyarhamah Nurul Huda binti Abu Bakar yang meninggal pada 23 Januari 2009::