Monday, December 19, 2016

EMBUN : PASRAH

Makin lama, makin keliru..
Kita, bukan lagi seperti dulu..
Mungkin harus belajar perkara baru,
tentang kamu.

Maafkan aku
kerna sering menyakitimu
Moganya kamu tahu
Itu bukanlah niatku.


Perlahan-lahan Embun tutup diari yang dihadiahkan oleh kakak kesayangannya sempena hari kelahiran Embun minggu lepas. 
Mata dialih perlahan merenung langit malam indah dihiasi bintang-bintang. Sengaja dia biarkan langsir terbuka luas agar malam-malamnya sentiasa ditemani angin malam yang mendamaikan.

Satu per satu moment hadir di minda Embun sejak 'perang besar' yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Pelbagai persoalan bermain diminda. Kerap Embun halang fikiran negatif yang sering menjengah minda. 

"mungkin semua perlakuan itu agar hati dia lebih terjaga"

Seringkali Embun postifkan mindanya agar boleh elakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Embun hampir putus asa dengan segala usaha yang dilakukan. Hati yang entah keberapa kali dirobek pun dah tak diketahui. 

Dengan segala apa yang berlaku antara kawan, antara dia, antara keluarga, Embun bertambah yakin yang dia hanyalah manusia yang menyusahkan ramai pihak. 

"sebaiknya aku pergi jauh dari sini agar semua senang dengan ketiadaanku"

Sakit tulang belakang termenung lama di kerusi belajarnya, Embun bingkas bangun menutup tirai langsir biliknya dan rehatkan badan di katil empuk yang kerap basah dek air sungai dari alur matanya. Lama Embun merenung siling sebelum melelapkan mata.

"mungkin perlu ada gap antara aku dan dia agar kami terus kuat untuk berada di jalan ini"

Dibelek album gambar dalam telefon pintarnya. Satu per satu dibuka gambar dan tatap sepuasnya. Butang padam ditekan. 

"Selamat malam. Moga Tuhan satukan kita bila kita sedia nanti. Mohon jangan pernah putus doa pada Dia; untuk kita"

Bantal stroberi dipeluk kemas. Harum syampu syaila buat Embun ukir senyum rindu pada dia. *mata terpejam*

No comments: